Sunday, 27 November 2011

TAHUN BARU HIJRAH 1433

Setahun lagi sudah berlalu.  Hari ini adalah 1 Muharram, iaitu bulan pertama dalam kalendar Islam.  Kita menyambut tahun baru Hijrah 1433.

Umat Islam seluruh dunia mesti bersyukur dan membuat azam baru.  Setidak-tidaknya kita mesti membuat penghijrahan ke arah kebaikan dan keimanan yang lebih tinggi.
SELAMAT MAAL HIJRAH
Semoga tahun ini lebih baik dari sebelumnya.  Amin.

Monday, 10 October 2011

UNTUK RENUNGAN BERSAMA

Aku bz juga lately ni.  Munkin kerana blogging bukan priority, aku asyik postpone untuk buat N3 baru.  Sekejap saja, dah bulan baru!  Macam mana orang boleh buat update hari-hari?

Hari ini aku buat short N3 saja la.  Sebagai renungan untuk kita bersama, aku turunkan sebuah Hadis Nabi.

Maksud dari Hadis adalah seperti berikut:

"Barangsiapa yang melihat kemungkaran hendaklah dicegah dengan kuasa, Jika tiada kuasa cegahlah dengan lisan, jika tidak berkuasa dengan lisan bencilah dalam hati....itu adalah selemah-lemah iman."

Saturday, 24 September 2011

MABUK PULUT RENDANG

Dari Hari Raya Aidilfitri yang pertama sampai ke hari ini, hari-hari saya mesti juga makan pulut lemang dan rendang. Mana tidaknya, hari-hari ada jamuan.

Pada hari-hari minggu ada jemputan rumah terbuka sempena Hari Raya.  Pada hari kerja pula ada saja staf yang beli lemang dan bawa rendang ke ofis kerana mereka telah membuat jadual sedemikian.  Di samping tu, adalah hidangan sampingan seperti kueh dan kek Raya.

Hari ini sudah hari-hari penghujung kita merayakan Aidilfitri. Saya rasa macam sudah mabuk pulut lemang serta rendang.

Badan sudah rasa semacam saja. Mungkin kemasukan banyak angin la agaknya. Orang kata pulut banyak angin!

Tuesday, 13 September 2011

BERCERITA PERIHAL SAMBUTAN HARI RAYA

Tak tahu bagaimana nak bercerita tentang cara-cara sambutan Aidilfitri.  Selain jamuan pelbagai juadah ada pelbagai acara lain.

Lihat sajalah satu suasana sempena Cuti Raya.  Begitu ramai orang-orang Melayu membawa keluarga ke tempat begini. 

Mandi-manda dengan mendedahkan aurat, campur lelaki perempuan

Tuesday, 30 August 2011

SELAMAT HARI RAYA

Syukur alhamdulillah.  Hari ini kita merayakan kejayaan kita menunaikan kewajipan amalan di bulan Ramadhan.

Letihnya kami sekeluarga melayan tetamu. Ramai betul yang datang, tapi kebanyakannya bukan Islam pula.  Aduhai!

Sempena hari mulia ini, saya ingin turut ucap selamat kepada yang sudi berkunjung di sini.

SELAMAT HARI RAYA
A I D I L F I T R I
Maaf batin dan zahir.

Wednesday, 17 August 2011

CUTI NUZUL AL QURAN BERSHOPPING

Tujuan cuti Nuzul Al Quran adalah untuk menghormati dan mengingatkan kita tentang Al Quran.  Tapi tujuan murni ini tidak kesampaian.

Setiap kali cuti Nuzul Al Quran di Selangor, ramai warganya turun ke Kuala Lumpur untuk bershopping Raya.  Kenyataannya begitu!