Apa yang berlaku pada 9 Julai itu adalah satu peristiwa menyedihkan. Tak sepatutnya menjadi begitu. Kenapa harus ada tembakan pemedih mata dan kenapa ada kekerasan?
Pelbagai penilaian dibuat. Tapi bagi diriku, ia melambangkan satu langkah drastik yang tidak bijaksana!
Harini aku dengan resminya mendaftar menjadi blogger. Ini kira influence kawan. Harap-harap influence baik.
Kata ramai kawan aku daripada duduk lepak tak tentu pasal, baik lepak di blog. Mungkin juga dengan membaca pelbagai cerita, senang juga hati. Atau boleh dapat tahu banyak perkara tentang kehidupan.
Mudah-mudahan begitu. Ni kawan-awan mesti kena support.