Tuesday, 30 August 2011

SELAMAT HARI RAYA

Syukur alhamdulillah.  Hari ini kita merayakan kejayaan kita menunaikan kewajipan amalan di bulan Ramadhan.

Letihnya kami sekeluarga melayan tetamu. Ramai betul yang datang, tapi kebanyakannya bukan Islam pula.  Aduhai!

Sempena hari mulia ini, saya ingin turut ucap selamat kepada yang sudi berkunjung di sini.

SELAMAT HARI RAYA
A I D I L F I T R I
Maaf batin dan zahir.

Wednesday, 17 August 2011

CUTI NUZUL AL QURAN BERSHOPPING

Tujuan cuti Nuzul Al Quran adalah untuk menghormati dan mengingatkan kita tentang Al Quran.  Tapi tujuan murni ini tidak kesampaian.

Setiap kali cuti Nuzul Al Quran di Selangor, ramai warganya turun ke Kuala Lumpur untuk bershopping Raya.  Kenyataannya begitu!

Tuesday, 2 August 2011

SELAMAT BERPUASA

Kita sudah pun berada di bulan Ramadhan yang mulia.  Umat Islam sedang mengerjakan ibadah wajip iaitu berpuasa di siang hari sepanjang bulan.

SELAMAT SEMARAKKAN RAMADHAN AL MUBARAK.

Semoga kita semua diberkati dengan ganjaran terbaik.  Amin.

Tuesday, 12 July 2011

PASCA BERSIH 2

Apa yang berlaku pada 9 Julai itu adalah satu peristiwa menyedihkan.  Tak sepatutnya menjadi begitu.  Kenapa harus ada tembakan pemedih mata dan kenapa ada kekerasan?

Pelbagai penilaian dibuat.  Tapi bagi diriku, ia melambangkan satu langkah drastik yang tidak bijaksana!

Wednesday, 29 June 2011

MACAM-MACAM TAK BOLEH

Selepas sudah jadi blogger, baru kawan-kawan bilang yang kita mesti hati-hati dalam dunia blogging.  Ada macam-macam pula yang tidak boleh.

Sebelum ini tak ada siapa cakap pun!  Hilang steam aku!

Tapi betul juga la kata kawan-kawan.  Kita nak seronok ceria, jangan sampai mendatangkan mudarat pula.

Tuesday, 14 June 2011

AKU JUGA BLOGGER

Harini aku dengan resminya mendaftar menjadi blogger.  Ini kira influence kawan.  Harap-harap influence baik.

Kata ramai kawan aku daripada duduk lepak tak tentu pasal, baik lepak di blog.  Mungkin juga dengan membaca pelbagai cerita, senang juga hati.  Atau boleh dapat tahu banyak perkara tentang kehidupan.

Mudah-mudahan begitu.  Ni kawan-awan mesti kena support.

Apa lagi kawan-kawan!  Guwe sudah masuk ni!